Islamic Widget

Monday, April 5, 2010

Suasana sepanjang sukan sekolah-sekolah JHEAINS 2010 di Tambunan

Seramai 38 atlit sekolah telah bersiap sedia untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing pada majlis Sukan Sekolah JHEAINS yang diadakan di Sekolah Menengah Agama Tambunan. Walaupun perjalanan mengambil masa hampir 9 jam namun tidak mematahkan semangat kontingen sukan untuk berjuang. Bukan setakat pungutan pingkat yang menjadi sandaran tetapi misi ingin membawa imej sekolah ditempat yang tertinggi dan "ZERO Kecederaan". Alhamdullilah selama 4 hari sukan berlansung, para atlit komited dalam dalam acara masing-masing


Pasukan bola sepak sekolah telah memenangi acara ini dengan 3-0 mengatasi SMAN Papar


Larian Syahrul hikma Ramadan memberikan pingat emas kepada sekolah


gaya atlet acara balapan bersantai

Saturday, April 3, 2010

Orientasi Pelajar Baru 2010

Program orientasi pelajar baru sesi 2010 telah berlansung pada 22 dan 23 januari 2010. Sejumlah 43 pelajar Tingkatan 1 telah mengikuti program ini diikuti beberapa belajar Tingkatan 2 yang tidak berpeluang menjalani program ini pada tahun lalu.

PROFILE SMUIK

SEJARAH SMUIK


Sekolah Menengah Ugama Islam Kunak (SMUIK) telah ditubuhkan pada 15 Februari 1997. SMUIK telah dirasmikan oleh 'TYT Dato' Panglima Hj Sakaran Bin Dandai' pada 12 Januari 1999, iaitu dua tahun dari tarikh penubuhannya.

Keluasan kawasan SMUIK adalah tiga hektar. Sebelum SMUIK dibina, kawasan ini merupakan sebuah kawasan paya. Pada asalnya, hanya bangunan asrama puteri, asrama putera, flat guru dan blok akademik sahaja yang berjaya disiapkan pada 15 Februari 1997.
         
Seterusnya, pada 12 Mac 1998 Kantin sekolah berjaya dibina. Setahun kemudian, iaitu pada November 1999, bangunan Makmal Sains Sekolah untuk kemudahan pelajar SMUIK berjaya diwujudkan.
        
Di awal penubuhan SMUIK, terdapat seramai 45 orang pelajar sahaja. Kini bilangan pelajar SMUIK semakin bermeningkat dari masa ke semasa. 

Dulu, sijil tertinggi yang ditawarkan SMUIK hanya Sijil Menengah Rendah (PMR) sahaja iaitu khusus kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3 sahaja. Namun pada tahun 2000, sekolah telah menawarkan Sijil Menengah Ugama(SMU) kepada pelajar Tingkatan 4 manakala Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula ditawarkan kepada pelajar-pelajar  Tingkatan 5 pada tahun 2004.

MISI DAN VISI SMUIK

blogger templates | Make Money Online