Islamic Widget

Saturday, April 3, 2010

PROFILE SMUIK

SEJARAH SMUIK


Sekolah Menengah Ugama Islam Kunak (SMUIK) telah ditubuhkan pada 15 Februari 1997. SMUIK telah dirasmikan oleh 'TYT Dato' Panglima Hj Sakaran Bin Dandai' pada 12 Januari 1999, iaitu dua tahun dari tarikh penubuhannya.

Keluasan kawasan SMUIK adalah tiga hektar. Sebelum SMUIK dibina, kawasan ini merupakan sebuah kawasan paya. Pada asalnya, hanya bangunan asrama puteri, asrama putera, flat guru dan blok akademik sahaja yang berjaya disiapkan pada 15 Februari 1997.
         
Seterusnya, pada 12 Mac 1998 Kantin sekolah berjaya dibina. Setahun kemudian, iaitu pada November 1999, bangunan Makmal Sains Sekolah untuk kemudahan pelajar SMUIK berjaya diwujudkan.
        
Di awal penubuhan SMUIK, terdapat seramai 45 orang pelajar sahaja. Kini bilangan pelajar SMUIK semakin bermeningkat dari masa ke semasa. 

Dulu, sijil tertinggi yang ditawarkan SMUIK hanya Sijil Menengah Rendah (PMR) sahaja iaitu khusus kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3 sahaja. Namun pada tahun 2000, sekolah telah menawarkan Sijil Menengah Ugama(SMU) kepada pelajar Tingkatan 4 manakala Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula ditawarkan kepada pelajar-pelajar  Tingkatan 5 pada tahun 2004.

MISI DAN VISI SMUIK

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online